spbt

Bacalah

Sejarah SMKKK


SEJARAH SMK KUALA KRAU
Dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kuala Krau, ia mula dibuka pada tahun 1965. Ia terletak di kawasan luar bandar, kira-kira 35 km dari Temerloh dan 26 km dari Jerantut. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Krau (SJKC) dan beroperasi pada sebelah petang. Sekolah ini mula menggunakan bangunan sendiri pada tahun 1967. Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada 2 blok sahaja (Blok 2 dan 3) yang menempatkan kelas tingkatan 1, 2 & 3 dan pejabat pentadbiran. lanya dirasmikan oleh Allahyarharn Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1968.
Sejajar dengan pertambahan pelajar, pada tahun 1977 sekolah i­ni mempunyai dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Dengan peningkatan bilangan pelajar, sebuah demi sebuah bangunan baru dibina iaitu bangunan dua tingkat pada 1978 (blok 5), bangunan tiga tingkat 1987 (blok 1), bangunan satu tingkat 1990 (blok 6) dan bangunan dua tingkat 1994 (blok 7).Bagi kemudahan pelajar-pelajar yang tinggal jauh, dua blok bangunan asrama tiga tingkat telah siap dibina pada tahun 1977  yang boleh menampung seramai 200 orang putera dan puteri.
Bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti keagamaan sebuah surau telah dibina secara bergotong royong oleh pihak PIBG pada tahun 1982. Ia hasil sumbangan derma orang ramai secara beransur-ansur. 
Perkembangan pendidikan terus menerus berlaku dan pada tahun 1983 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau. lanya selaras dengan pengambilan pertama pelajar tingkatan empat. Seterusnya pada tahun 1996 sekolah ini telah dinaik taraf dari sekolah Gred B ke Gred A.
Arus perkembangan pendidikan terus melangkah dan melimpah hingga ke lua­r bandar. Pada tahun 2002 sebuah Makmal Komputer dan Dewan Perhimpunan (Dewan Bestari) dibina. Sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat (blok 4) telah siap dibina pada Jun 2004. Begitu juga sebuah komplek asrama (Asrama Puteri) yang boleh menampung 200 orang. Tidak ketinggalan juga, sebua­h surau (Surau Al Huda) yang boleh memuatkan seramai 350 orang jemaah  bagi menggantikan surau lama yang telah uzur.
Sesi persekolahan juga telah ditukar menjadi satu sesi sahaja apabila bilangan kelas telah mencukupi mula tahun 2004. Bilangan guru pada 31 Januari 2011 ialah 80 orang dan bilangan pelajar ialah 1123 orang.
                                                                                                                    mj2011