Bahan Terbitan BBT, KPM
Direktori SPBT | |
Kandungan buku Direktori SPBT mengandungi maklumat berkaitan kepegawaian pegawai-pegawai di Bahagian Buku Teks (BBT), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan penerbit yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku teks SPBT. Dengan adanya buku ini memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga serta orang awam menghubungi mana-mana pihak yang berkenaan dengan pengurusan SPBT. |
Panduan Keselamatan Buku Teks | |
Buku Panduan Keselamatan Buku Teks ini mengandungi panduan bagi tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT. Tindakantindakan yang perlu diambil pula telah dibahagikan mengikut keperluan iaitu tindakan awal sebagai langkah berwaspada, tindakan semasa dan juga tindakan selepas sesuatu bencana melanda. |
Buku Tatacara Pelaksanaan Borang SPBT 1 | |
Buku ini mengandungi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1999, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2001, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2001, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2003, Borang Penentuan Kelayakan Murid Skim Pinjaman Buku Teks, Borang Pemerakuan Pendapatan dan Garis Panduan Pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks. |
Panduan Penggunaan dan Pengurusan CD-ROM Buku Teks | |
Buku ini mengandungi lima bahagian. Bahagian pertama menerangkan tentang objektif dan rasional penghasilan CD-ROM Buku Teks. Bahagian kedua pula, menghuraikan mengenai konsep dan kandungan CD-ROM Buku Teks. Bahagian ketiga menyatakan maklumat tentang cara penggunaannya. Bahagian keempat memberi panduan kepada pihak sekolah khususnya guru SPBT tentang tatacara pengurusan CD-ROM Buku Teks SPBT dan bahagian terakhir mengandungi beberapa panduan keselamatan penggunaan CD-ROM. |
Panduan Kawalan Mutu Pemerakuan Buku Teks KBSR dan KBSM | |
Buku panduan ini memuatkan aspek kawalan mutu pakej buku teks yang diperakukan Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh pihak penulis, penerbit dan pencetak dalam menghasilkan pakej buku yang terbaik. Buku ini menyediakan panduan dan rujukan standard yang perlu bagi semua kaedah penerbitan Bahagian Buku Teks termasuk penyediaan dan penyemakan bahan grafik. Buku ini merangkumi panduan semua peringkat penerbitan daripada penyediaan manuskrip hinggalah kepada penyemakan naskhah contoh, kulit buku dan kawalan kualiti percetakan. |
Spesifikasi Umum Buku Teks KBSR dan KBSM | |
Buku panduan ini memuatkan aspek spesifikasi umum buku teks yang diperakukan Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh pihak penulis, penerbit dan pencetak dalam menghasilkan buku teks. Dalam buku ini dinyatakan standard spesifikasi fizikal sesebuah buku teks bersesuaian umur pelajar. Buku ini menerangkan spesifikasi buku teks dari segi format buku, saiz buku, bilangan halaman, tipografi, format kulit buku, jenis cetakan teks dan kulit, kertas, perjilidan, kemasan kulit buku, reka bentuk, grafik dan nombor siri pemerakuan. Justeru, buku ini menyediakan panduan dan rujukan yang menyeluruh dalam proses penerbitan buku seawal peringkat penulisan hinggalah ke peringkat percetakan meliputi penyediaan bahagian awalan hingga bahagian akhiran serta kulit buku. |
Manual Pendaftaran Penerbit | |
Manual Pendaftaran Penerbit mengandungi panduan dan tindakan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, terutama penerbit yang ingin berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran MAlaysia. Kod etika yang mesti diikuti oleh penerbit dan BBT dinyatakan dengan terperinci dalam manual ini sebagai panduan. Pada masa yang sama, manual ini berupaya menentukan kriteria kepada penerbit agar mencapai tahap minimum yang diperlukan dalam proses penerbitan pakej buku teks. |
B.i.TEKS | |
B.i.TEKS adalah singkatan kepada Buletin Informasi Bahagian Buku Teks. Tujuan penerbitan B.i.TEKS adalah untuk memaparkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di BBT, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah di samping tugas-tugas utama. Diselitkan juga dengan maklumat dan artikel ilmiah terkini untuk pengetahuan dan bacaan bersama. Berkaitan dengan pengurusan SPBT, pemantauan, dan penerbitan kepada warga BBT dan orang ramai. * B.i.TEKS (Jilid 11 Bil.1/2008) |
Laporan Tahunan | |
Laporan Tahunan BBT telah diterbitkan untuk memberi informasi mengenai peranan dan tanggungjawab bahagian ini kepada umum. Di dalam laporan ini mengandungi visi, misi, moto dan objektif serta fungsi bahagian. Di samping itu juga ia memaparkan sejarah, carta dan struktur organisasi serta fungsi sektor-sektor yang terdapat di Bahagian Buku Teks. Aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang tahun turut diselitkan dalam laporan tahunan ini. |